Jumaat , 30/10/2009 – Pejuang-pejuang Hamas menyatakan Selasa lalu bahawa pendamaian dan kepentingan nasional kini menjadi keutamaan mereka yang paling tinggi, meskipun perselisihan dalaman yang wujud secara langsung akibat pecubaan Pihak Berkuasa Palestin untuk membatalkan keputusan pilihanraya perundangan pada 2009 hasil kerjasama pihak antarabangsa dan serantau.
Dalam satu memorandum berkenaan usaha-usaha yang dilakukan oleh Hamas bagi mencapai pendamaian nasional, Hamas menegaskan yang mereka memberi maklum balas positif kepada usaha Mesir sejak awal Februari 2009 meskipun masih sengsara dengan penjajahan tentera israel dan kepungan berterusan ke atas Gaza oleh Israel.
Hamas menyatakan yang walaupun telah menunjukan keanjalan maksimum untuk segera mendapatkan pendamaiaan, puak Fatah dan Pihak berkuasa Palestin (PA) di Ramallah berusaha menyekat usaha ini lebih-lebih lagi ketika beberapa pusingan dialog nasional baru-baru ini.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil