Gaza, Rabu, 20/4/2005 ? Dr Mahmoud Al Zahhar, seorang tokoh terkenal pergerakan pembebasan Islam, Hamas berkata rancangan pengunduran Israel dari Semenanjung Gaza adalah, sememangnya, buah hasil dari intifada Aqsa yang diberkati, dan harus dikirakan sebagai kemenangan kepada perjuangan bersenjata Palestin.
Dalam temuramah yang diterbitkan Khamis dalam akhbar The Times Zahhar berkata: ?Sangat mudah, tiada sesiapa pun yang dapat menafikan bahawa jika Israel akan meninggalkan Semenanjung Gaza dan sebahagian daripada Tebing Gaza, itu adalah kerana intifada, kerana perjuangan bersenjata, kerana pengorbanan besar Hamas untuk tujuan ini. Ia adalah bukan kerana perjanjian, atau jasa baik Israel atau Amerika atau Eropah.?
Beliau juga menyatakan kepada akhbar tersebut bahawa hanya pengunduran sebenar yang diterima dan selain itu tidak akan diterima dengan menambah: ?Jika mereka [pihak Israel] akan berada di sempadan antara Gaza dan Mesir, atau akan mengawal sempadan laut kita, dan jika mereka akan menyerang rumah-rumah kita dengan helicopter atau F16, adakah itu akan memuaskan orang-orang yang telah berkorban??