Jumaat , 30/10/2009 – Pihak berkuasa Palestin hari ini menegaskan dan menyeru agar semua kumpulan pejuang Palestin memberi prioriti kepada aktiviti menculik tentera Zionis-Israel. Ini penting untuk proses penukaran tahanan Palestin di penjara Israel.
Pihak Zionis-Israel juga tidak akan memahami jalan lain melainkan kaedah yang lebih agresif digunakan. Riad Ashkar, pemimpin di Palestin memuji tindakan Brigade al-Qassan yang telah menculik tentera Zionis-Israel dan menukarnya dengan tahanan Palestin di penjara Israel.
Riad menambah lagi menyatakan aktivit ini memberi kesan yang positif di kalangan rakyat Palestin. Ini kerana kumpulan-kumpulan pejuang komited untuk membebaskan bumi Palestin dan para tahanan Palestin. Dengan itu keluarga para tahanan dapat meletakkan harapan kepada para pejuang bagi memastikan ahli keluarga mereka bebas dari penjara Zionis-Israel.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif