Categories
Berita Semasa

Radwan : Kenyataan Abbas menggambarkan beliau seorang yang anti-tentangan.

Isnin , 09/11/2009 –Pegawai Kanan Hamas – Ismail Radwan mengutuk komen Mahmoud Abbas yang dikeluarkan di saluran satelit Al-Arabiya di mana beliau mengecam tentangan penduduk Palestin, yang mana menurut Radwan kenyataan tersebut jelas menggambarkan mentaliti Abbas yang hanya meyakini rundingan semata-mata.

Di dalam satu sidang akhbar, Radwan mengatakan bahawa Abbas hanya meyakini penyelarasan keselamatan dan rundingan remeh dengan pihak Israel. Jadi beliau terus memberi tentangan di tebing barat dan menolak mengadakan dialog negara.

Beliau menambah, walaupun Abbas menerima hinaan daripada setiausaha rasmi Amerika Syarikat, Hillary Clinton di atas kegagalan usaha-usaha keamanan dengan pihak Amerika dan terus dikutuk, beliau masih lagi ingin meneruskan rundingan dengan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez