
Isnin , 09/11/2009 – Gerakan Hamas menyangkal keras tuduhan Israel bahawa mereka berjaya melakukan percubaan perlancaran sebuah pelancar roket dengan jarak 60 km yang boleh mencapai Tel Al-Rabi (Tel Aviv). Jurucakap Hamas,Fawzi Barhoum mengatakan tuduhan ini merupakan langkah proaktif yang diambil oleh Israel untuk mempengaruhi simpati dunia sebelum pembahasan laporan Goldstone dalam sidang agung PBB.
Beliau menambah bahawa kesan dari laporan Goldstone mendorong Israel untuk terus menabur pembohongan untuk menghasut dunia dan masyarakat antarabangsa terhadap kezaliman Hamas. Beliau juga memberi amaran bahawa keadaan ini boleh menjadi batu loncatan kepada Israel untuk menghalalkan jenayah perang mereka terhadap rakyat Gaza.
Sementara itu, Abu Obeida, juru bicara Brigade Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas, menolak untuk mengulas laporan perisikan Israel bahawa sayap komando Hamas itu menguji pelancar roket balistik yang boleh mencapai Tel Aviv, namun mengatakan bahawa Israel telah banyak menabur fitnah bertujuan jahat memburukkan Hamas. Ketua perisikan tentera Israel, Amos Yadlin melaporkan kepada Jawatankuasa Urusan Luar Negeri dan Pertahanan Knesset bahawa Hamas berjaya melancarkan 60-km roket yang boleh mencapai Tel Aviv.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil