Selasa, 26/4/2005 –Pihak berkuasa Israel pagi ini membebaskan 7 orang tahanan warga Jordan, dan bukannya 9 orang seperti yang mereka umumkan sebelum ini.
Kerajaan Israel berkata, pihaknya membebaskan para tahanan tersebut selaras dengan janji pihak mereka kepada Raja Jordan, Raja Abdullah ke-2 untuk memperbaiki hubungan antara kedua-dua belah pihak. Namun Israel tidak menyatakan punca mengapa 2 lagi tahanan tidak dibebaskan.
Ihud Olmart, Timbalan Perdana Menteri Israel berkata, ?saya amat gembira dapat bertindak sedemikian sebagai menghormati Raja Abdullah.?
Dalam pada itu, Kerajaan Jordan mengalu-alukan langkah Israel tersebut. Menteri Luarnya, Farouk al-Qasrawy menyifatkan langkah tersebut sebagai suatu yang tepat ke arah pembebasan keseluruhan tahanan yang diminta oleh pihak Jordan.
Namun, seorang pegawai kanan Kementerian Luar Jordan mengesahkan bahawa pihak mereka tidak menjangkakan bahawa Israel akan membebaskan para tahanan yang dituduh membunuh warga Israel.
Semalam, Raja Abdullah Ke-2 bertemu dengan Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, Jeneral Moshe Yaalon di Amman. Perkara ini dilaporkan sendiri oleh agensi berita rasmi kerajaan tanpa memberikan sebarang penjelasan lanjut.
Jordan meminta Israel supaya membebaskan 25 orang tahanan warga Jordan yang dipenjarakan di Israel atas jenayah keselamatan, termasuk 4 orang yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup sebelum perjanjian damai dimetrai antara kedua-dua negara pada tahun 1994. disamping itu, terdapat 50 orang lagi warga Jordan yang dipenjarakan di Israel atas jenayah biasa ataupun melanggar peraturan imigresen dengan menetap melebihi masa dibenarkan.