Sharon Mahu Palestin Hentikan Serangan

Selasa, 26/4/2005 –Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon hari ini sekali lagi meminta pihak Palestin supaya menghentikan sepenuhnya perjuangan bersenjata sebagai syarat asas perlaksanan perjanjian damai Road Map.

Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon hari ini sekali lagi meminta pihak Palestin supaya menghentikan sepenuhnya perjuangan bersenjata sebagai syarat asas perlaksanan perjanjian damai Road Map.

Radio Israel memetik Sharon sebagai berkata, ?kita masih lagi di peringkat awal dan kita tidak akan berkomitmen dengan perjanjian damai Road Map sehinggalah pihak Palestin menunaikan janji mereka untuk menghentikan serangan.?

Berkenaan soal pengunduran Israel dari Gaza, Sharon menegaskan bahawa pelan tersebut yang melibatkan pengosongan 21 buah penempatan haram Yahudi di Gaza dan 4 yang lain di Tebing Barat akan dilaksanakan menjelang musim panas tahun ini. Menurutnya lagi ianya akan dilaksanakan dalam tempoh tersebut meskipun sekiranya cadangan untuk melewatkannya selama 3 minggu sempena menghormati perayaan Yahudi diterima.