
Isnin , 09/11/2009 – Sebuah organisasi Zionis, B’Tselem merancang untuk membangunkan sebanyak 14000 rumah di al-Quds. Ini adalah sebahagian kegiatan haram Zionis Israel yang menghalau dan memusnahkan rumah rakayat Palestin bagi mendirikan penempatan haram Zionis. Kumpulan pendatang Yahudi juga merupakan mereka yang menyokong tindakan ini. Meir Davidson salah seorang pendatang bertanggungjawab membeli aset dan properti rakyat Palestin.
Penempatan baru yang diberi nama Givat Yael terletak di barat daya al-Quds. Tanah asal penempatan itu merupakan tanah pertanian. Lebih 2000 orang menghuni di situ. B’Tselem menyatakan pelan pembangunan kawasan itu telah siap.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif