Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin di penjara Nafha lancar mogok lapar.

Isnin , 09/11/2009 – Tahanan Palestin di Penjara Israel Nafha lancar mogok lapar pada hari Selasa bagi membantah tekanan yang dikenakan ke atas mereka oleh pegawai Israel, demikian dilapor Persatuan Tahanan Palestin.

Tahanan Palestin menghadapi tekanan di dalam penjara apabila pengawai penjara seringkali mengadakan pemeriksaan dengan merosakkan barangan peribadi tahanan, pemeriksaan dalam keadaan bogel, dan menghalang daripada menerima wang yang dihantar kepada tahanan dari Gaza.

Seringkali mereka juga dihalang daripada hak mereka untuk menonton TV dan membaca surat khabar.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous