
Rabu,11/11/2009 – Isnin lalu, Zahir Berawi selaku jurucakap rombongan bantuan ‘Miles of Smiles’ dari Eropah berkata bahawa pihak berkuasa Mesir di Pelabuhan Said meminta penganjur rombongan untuk mendapatkan persetujuan dari Israel untuk memasuki Semenanjung Gaza yang telah dikepung.
Berawi berkata, Pengarah pelabuhan Said dan pelabuhan El-Arish iaitu Ibrahim Siddiqi memberitahu bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel (IOA) harus memberi persetujuan terlebih dahulu ke atas senarai peserta rombongan dan barangan bantuan kemanusiaan sebelum diturunkan dari kargo yang telah berlabuh di pelabuhan El-Arish sejak Khamis lalu.
Jurucakap tersebut juga turut membangkitkan bahawa sekatan dari pihak Mesir hanya dikuatkuasakan selepas lima hari menunggu di pelabuhan El-Arish dengan alasan ada kapal lain sedang menurunkan barang dan selepas menahan anggota rombongan di Pelabuhan Said selama 23 hari.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez