
Rabu,11/11/2009 – Rejim Zionis telah mengeluarkan 17 arahan roboh yang baru kepada keluarga-keluarga Palestin yang menetap di Pekampungan Silwan di dalam wilayah Jerusalem yang dijajah.
Fakhri Abu Diyad, seorang ahli komiti yang mempertahankan penempatan Silwan, menyatakan bahawa pihak penguasa Jerusalem yang dikuasai Rejim Zionis telah mengedarkan lapan notis di kawasan Bustan dan selebihnya di Ein Al-Louze dan Yemen.
Dia juga menyebut yang pihak majlis juga memperbaharui notis kepada kebanyakan dari 88 rumah yang diancam untuk dirobohkan di perkampungan Silwan, selatan dari Masjid Aqsa. Abu Diyad juga berkata bahawa arahan untuk memusnahkan yang dikeluarkan akhir bulan lepas memberi penduduk tempoh rayuan selama 20 hari.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil