Laporan PA: 3,854 Pencabulan Israel Terhadap Tempoh Bertenang sejak 8 Februari

Gaza, Selasa, 26/4/2005 –Tentera penjajah Israel telah melakukan sebanyak 3,854 pencabulan terhadap tempoh bertenang, yang telah dihormati oleh pihak gerakan-gerakan pembebasan Palestin, sejak 8 Februari hingga 15 April, menurut satu laporan statistik yang dikeluarkan oleh pusat data PA.

Laporan tersebut menyatakan bahawa pencabulan-pencabulan itu termasuk 920 serangan dan pencerobohan ke atas tanah Palestin, kebanyakannya di Tebing Barat, dan 600 pengeboman kawasan perumahan Palestin.

Sebanyak 20 orang Palestin telah syahid ditangan tentera Israel manakala ramai yang lain telah cedera dalam tempoh masa yang sama, ia menambah, dan meneruskan bahawa tentera penjajah Israel telah memusnahkan 42 rumah awam Palestin.

Pihak tentera telah merampas beribu-ribu tanaman dunum di tanah pertanian Palestin bagi membina laluan untuk dinding apartheid, menurut laporan tersebut.

Penduduk Israel messianic telah melakukan 120 serangan terhadap rakyat awam Palestin, dan tentera-tentera meletakkan sebanyak 700 halangan-halangan tentera sepanjang tanah Palestin dalam tempoh yang sama, ia mengungkapkan.

Laporan tersebut memberitahu bahawa 937 penutupan dan sekatan telah dicatatkan sepanjang kawasan Palestin.