US Memperkuatkan Depoh Tentera Udara Israel dengan Helikopter Tercanggih Apache

Tel Aviv , Selasa, 26/4/2005 – Tentera udara Israel telah memperkuatkan depoh tentera udaranya dengan menerima koleksi pertama, daripada 3 kumpulan, helicopter penyerang Apache buatan Amerika AH-4D, menurut majalah ?Defence News? dalam keluaran mingguannya.

?Perjanjian yang telah ditandatangani oleh syarikat Boeing Amerika dan berjumlah sehingga $640 juta termasuk jualan sebanyak 18 helikopter Apache kepada Israel, 9 daripada model tersebut manakala 9 yang lain dari model yang kurang terkini,? menurut majalah tersebut.

?Helikopter tersebut adalah yang terbaik dan paling canggih dari keluaran kami, ia mampu mengendalikan serangan yang sukar dan misi pertahanan dan dibantu dengan radar yang canggih dan kemudahan lain yang dapat mengesan dan memusnahkan sasaran,? kata pengarah eksekutif hubungan antarabangsa syarikat tersebut kepada majalah tersebut.