
Ahad,15/11/2009 – Pergerakan Popular Pejuang Palestin dan sayap bersenjatanya, Briged Salahuddin menegaskan Palestin adalah tanah Wakaf Islam yang tidak boleh dibahagi-bahagikan sebagai cara untuk memberikan legitimasi kepada “entiti perampas Zionis”.
Abu Muhajid selaku jurucakap PRC dalam satu kenyataan hari Selasa lalu berkata pergerakannya menolak sepenuhnya gagasan negara Palestin hanya bersifat sementara. Beliau mengatakan bahawa penyelesaian dan proses perbincangan telah berakhir dan rakyat Palestin seharusnya tetap setia kepada perjuangan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79