Categories
Berita Semasa

Zahhar: Tiada sesiapa yang meratapi akan perletakan jawatan Abbas.

Ahad,15/11/2009 – Dr Mahmoud Al-Zahhar, ahli biro politik Hamas, menyatakan bahawa tidak ada seorang pun yang akan menyesal atau sedih untuk melepaskan Mahmoud Abbas dari kehidupan politiknya kerana tidak ada satu pun pencapaian membanggakan untuk rakyat Palestin malah beliau turut bersubahat dengan regim Zionist dan AS dalam keputusan pilihanraya yang lalu.

Dalam satu sidang akhbar, Dr Zahhar berkata bahawa niat Abbas untuk tidak mencalonkan dirinya dalam pilihanraya bukan langkah yang bagus untuk meraih simpati rakyat kerana taktik sebegitu hanya berjaya untuk pemimpin yang di sayangi rakyat di mana langkah itu boleh mempengaruhi rakyat dan mendorong mereka untuk memujuk pemimpin tersebut untuk menarik balik keputusannya untuk berundur.

Pegawai Hamas menggariskan bahawa pengalaman bekas Presiden Mesir, Jamal Abdelnasser adalah berbeza kerana beliau dicintai oleh rakyatnya, tetapi Abbas mengupah puluhan rakyat untuk mengadakan tunjuk perasaan palsu dalam usaha untuk menyamai pengalaman Abdelnasser.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul