
Rabu,18/11/2009 – Dua warga Palestin di Beit Hanun, utara semenanjung gaza, cedera selepas rejim Zionis membedil kediaman di kawasan itu Ahad lalu.
Sumber-sumber perubatan memberitahu wartawan PIC bahawa kereta-kereta kebal rejim Zionis menembak ke arah perumahan dan hartanah awam yang terletak di timur Beit Hanun dan Ezbet Abedrabbo di Jabalia mengakibatkan kecederaan dua orang awam.
Briged Abu Ali Mustafa, sayap bersenjata bagi pergerakan pembebasan Palestin, juga mengumumkan yang penembak jarak jauh mereka telah melancarkan tembakan balas yang mengenai seorang askar rejim Zionis yang sedang memandu jentera di timur dari Soufa juga pada Ahad yang lalu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil