Categories
Berita Semasa

(Terkini) Banduan Palestin mengidap diabetes melonjak kepada 88 orang.

Rabu,18/11/2009 – Kementerian Khidmat Uturan Tahanan melaporkan bahawa sejumlah tawanan Palestin yang menderita penyakit diabetes di penjara-penjara Israel melonjak menjadi 88 orang dengan kadar 10 peratus berbanding tahun lalu.

Dalam sebuah laporan yang dikeluarkan pada Hari Diabetes Sedunia 14 November lalu, kementerian menyatakan pesakit dalam penjara-penjara Israel menderita koma diabetes dan tidak dapat menerima rawatan perubatan dengan segera.

Kementerian menambah keadaan fizikal dan psikologi yang teruk dialami oleh tahanan Palestin di penjara-penjara Israel yang menyediakan tempat yang subur untuk penularan diabetes, mencatatkan bahawa ramai tahanan menghidap diabetes di dalam penjara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79