Categories
Berita Semasa

Bardawil : Idea Jawatankuasa Rundingan Damai masih tidak jelas.

Isnin , 14/12/2009 – Salah Al-Bardawil, jurucakap untuk blok Hamas di Parlimen, berkata pada Ahad, bahawa semua idea yang disyorkan oleh Jawatankuasa Rundingan Kebebasan tentang permulaan kembali sesi dialog nasional di antara parti-parti Palestin masih samar. “Setakat ini mekanisme jawatankuasa ini tidak jelas, dan belum menjawab soalan tentang impak jika Hamas dan Fatah gagal mencapai persetujuan, sehingga idea-idea daripada jawatankuasa ini masih samar-samar,”Bardawil menambah.

“Kami komited untuk kejayaan pendamaian dan kami percaya bahawa kejayaan ini berasal dari dalam pendamaian itu sendiri, di mana ia harus mempunyai matlamat yang jelas dan tidak tersembunyi faktor kegagalan,” beliau menambah. Sementara itu, Pegawai Rasmi Hamas, Ismail Radwan menegaskan kembali kesungguhan Hamas mengembalikan dan menjaga penyatuan rakyat Palestin adalah konsisten dan memilih untuk menentang segala bentuk penjajahan.

Dalam kenyataan media, Radwan berkata bahawa Hamas mahukan semua rakyat bersatu menentang segala bentuk penjajahan dan yahudinisasi dan membebaskan Kota Al-Quds. Dalam konteks lain, Gerakan Hamas menempelak Pihak Keselamatan Palestin (PA) dan puak Fatah kerana semakin aftif menangkap pimpinan politik. Hamas menegaskan bahawa jenayah PA dan Fatah secara jelas melambangkan ketidakikhlasan Abbas dalam menghapuskan penjajahan di Tebing Barat dan hanya mementingkan partinya sendiri.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929