Categories
Berita Semasa

PLFP seru tubuh barisan penentangan bersepadu untuk bertindak-balas atas jenayah Israel.

Selasa , 15/12/2009 – Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PLFP), Sabtu lalu menyeru untuk ditubuhkan serta merta satu barisan penentangan bersepadu bagi membalas jenayah yang dilakukan Israel ke atas penduduk Palestin

Dalam ucapan sempena ulangtahun penubuhan ke 42 barisan itu, Rabah Muhanna, ahli biro politik PLFP, berkata bahawa sifat penjajahan Israel berbentuk fascist dan tiada cara lain untuk bertindak balas melainkan secara tentangan bersenjata.

Muhanna menegaskan dalam satu konteks lain yang PLFP akan berkeras dalam menangani penindasan kebebasan demokrasi dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil