Persoalan yang memerlukan satu analisis untuk mendapat jawapan yang memuaskan. Mereka sedikit tetapi seolah? seperti gergasi yang kuat dan tidak dapat ditumbangkan sehinggakan kuasa besar dunia seperti AS boleh menikus apabila disebut Zionis. Kenapa dan kenapa ? Maszlee Malek cuba merungkaikan persoalan …
Baru-baru ini majalah al-Mujtama’ di Kuwait telah mendedahkan sebuah artikel berbahasa Ibrani di Israel yang menceritakan tentang penguasaan para pemodal-pemodal (kapitalis) Zionis terhadap perniagaan hartanah di seluruh dunia. Menurut artikel tersebut, hampir kebanyakan hartanah di tempat-tempat yang strategik di seluruh dunia telah dibeli dan dikuasai sepenuhnya oleh para pemodal-pemodal tersebut.
Sebut sahaja bangunan pencakar langit terkenal di dunia ini, sebahagian besar dikuasai pro-Zionis
Daripada pelaburan inilah mereka telah menyalurkannya untuk kelangsungan ekonomi negara haram Israel. Faktor `Intifadah? yang telah meranapkan ekonomi negara rejim Zionis itu telah dapat ditampung oleh pelaburan luar negara tersebut. Jika dulunya, nama seperti Rothschild dan juga Bleidenberg merupakan antara nama-nama gergasi pemodal Zionis, namun kini mereka muncul dalam bentuk yang lebih banyak dengan nama-nama individu dan kadang-kadang sukar dihidu ke?Zionis?an mereka.
Di antara hartanah yang menjadi milik para pemodal-pemodal Zionis adalah hartanah yang berprestij dan juga mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Antaranya ialah hotel ?Moscow? yang amat terkenal yang terletak di Red Square di antara Kremlin dan juga bangunan parlimen di Moskow. Di hotel tersebutlah, Joseph Stalin sering menyampaikan pidato-pidatonya kepada massa. Kini ianya menjadi tempat penginapan rasmi para pemimpin Rusia dan juga para diplomat asing. Hotel yang mempunyai seribu bilik ini telah dibeli oleh pemodal Zionis yang terkenal, Modechai Yona dengan harga 250 juta Dollar Amerika dari kerajaan Rusia.
Antara bangunan yang mempunyai nilai prestij yang tinggi dimiliki oleh mereka juga ialah hotel ?Plaza? di Manhattan, AS yang sering dikunjungi oleh para diplomat dan juga orang-orang kenamaan dari seluruh dunia. Ianya dimiliki oleh pemodal Yahudi yang bernama Yitzhak Tshofa. Hotel tersebut telah beroperasi semenjak tahun 1907 lagi
Semenjak zaman Benjamin Netanyahu lagi, apabila beliau membuka ruang kepada para pemodal Yahudi pro-Zionis untuk membuat pelaburan di luar negara haram Israel, banyak syarikat-syarikat gergasi perniagaan di luar negara menjadi sasaran para pemodal tersebut. Antara negara-negara yang menjadi tumpuan mereka ialah AS, Kanada dan juga negara-negara Eropah timur. Menurut sumber Zionis, jumlah pelaburan para pemodal pro-Zionis kini telah mencapai lebih 15 billion Dollar Amerika di serata dunia. Sam Olfenar, pengerusi kesatuan pemodal-pemodal di negara (haram) Israel telah mengatakan: ?Tidak ada satu pun perniagaan hartanah gergasi di seluruh dunia yang tidak disertai oleh para pemodal pro-Zionis?.
Walaupun mereka kecil tetapi dapat menguasai ekonomi dunia sehinggakan pelaburan mereka seakan? ditagih
Di Kanada sebagai contoh, para pemodal pro-Zionis yang berpusat di Israel telah membeli lebih daripada 2000 kawasan perumahan mewah di seluruh negara tersebut. Menurut pengerusi dewan perniagaan Israel-Kanada, syarikat Gazzette Globe yang dimiliki oleh pemodal Zionis, Haem Katsmann telah menjadi syarikat permodalan nombor satu di Kanada. Menurut beliau lagi, syarikat tersebut memiliki kebanyakan kompleks-kompleks membeli-belah bernilai lebih 1 billion Dollar Amerika di serata Kanada. Di samping itu, syarikat Elko dan juga Fischmann yang juga dimiliki oleh para pemodal Zionis mempunyai pelaburan lebih 150 juta Dollar Amerika di negara tersebut. Di Toronto pula, kebanyakan estet-estet perumahan mewah di sana hampir dimiliki sepenuhnya oleh pemodal Zionis yang bernama Jill Bluetreich.
Eiran Roles, salah seorang kapitan perniagaan di negara (haram) Israel pula ketika memberikan komentarnya di dalam artikel berbahasa Ibrani telah menyebutkan: ?Israel terlalu kecil bagi para pelabur dan pemodal Zionis. Di luar Israel, para pemodal ini diundang oleh pemimpin-pemimpin negara untuk mereka datang melabur ke negara-negara yang terlibat. Kami dilayan seperti raja, kerana kami diperlukan di seluruh dunia!?
Di Jerman, Kompleks perniagaan milik Tabung pesaraan doktor-doktor di Berlin, dan merupakan antara bangunan yang terbesar di Berlin yang terletak berhadapan dengan Reichstag (17,500 meter persegi) dimiliki oleh syarikat Ariel milik ahli perniagaan dari Israel. Di New York pula, hampir-hampir bangunan milik PBB dibeli oleh syarikat ?Capital? yang pro-Zionis. Jika tidak kerana campur tangan Kofi Annan sebagai Setiausaha Agung PBB yang melarang urusniaga tersebut, nescaya telah lama ianya telah terjual. Herzl Hobbes, kontraktor gergasi yang telah membina bangunan gergasi ?U? di Tel Aviv pula pada tahun lepas telah mendapatkan tender untuk membina kompleks perniagaan utama di bandar Havana, Cuba.
Majalah ?Times? di Holland pula pernah menyiarkan laporan berhubung dua kontrak besar yang melibatkan perniagaan hartanah di peringkat antarabangsa telah berlangsung di United Kingdom. Ianya melibatkan Bank of Scotland dan juga syarikat Soul and Ade Zakaai yang telah membayar 1.2 billion Dollar AS untuk membeli 35 buah cawangan hyypermarket gergasi ?Tesco? di seluruh United Kingdom. Sebelum itu mereka juga telah membeli 80 cawangan Mark and Spencer dengan harga 600 juta Dollar AS.
Fakta-fakta yang disebutkan oleh majalah al-Mujtama’ ini hanyalah sebahagian kecil daripada penguasaan para pemodal Yahudi pro-Zionis terhadap perniagaan-perniagaan dan hartanah antarabangsa. Di sebalik fakta-fakta ini terdapat 1001 lagi bentuk perniagaan dan hartanah yang mereka miliki di serata dunia. Tidak hairanlah jika dana dan kekayaan yang dimiliki oleh rejim Zionis tidak pernah putus. Tidak hairan juga mengapa terdapat negara-negara yang berpengaruh dan berkuasa begitu intim dan tunduk kepada lobi Zionis serta tekanan oleh rejim Zionis di dalam polisi-polisi luar mereka berhubung konflik di Palestin.
Intifadha’ berjaya melumpuhkan pertumbuhan ekonomi Rejim Zionis
Walau bagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk umat Islam berasa gusar dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan mereka. Ternyata perkembangan mutakhir ini telah menyaksikan bagaimana ekonomi rejim Israel telah merudum ke tahap paling teruk semenjak 50 tahun yang lalu. Pengunduran rejim tersebut secara unilateral dari Gaza juga telah menunjukkan kekuatan ekonomi dan ketenteraan yang mereka miliki bukanlah segala-galanya. Jika umat Islam terus bersatu dan menambahkan lagi usaha mereka untuk membebaskan bumi Palestin, insya Allah, kejayaan pasti akan datang. Ingatlah pesan Allah:
?Dan janganlah kamu lemah dalam berhadapan dengan musuh (yang menceroboh); kerana kalau kamu menderita sakit, maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan balasan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan syahid dan syurga di Akhirat kelak)? (surah al-Nisaa: ayat 104)