Rabu , 04/05/2005 –PM Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin melakukan pertemuaan dengan Presiden Palestin Mahmud `Abu Mazen’ Abbas di Ramallah. Pertemuan itu dilakukan setelah mengunjungi Zionis-Israel.
Pihak Israel sebelumnya, mengumumkan penolakan Erdogan menjadi ?orang tengah? antara Israel dengan Palestin. Dalam masa yang sama, Erdogan menegaskan bahawa Masjid Al-Aqsa adalah hanya milik kaum muslimin, ?Tidak ada seorangpun yang boleh campur tangan dalam mengurus al-Aqsa,? demikian tegas Erdogan seperti yang dikeluarkan oleh harian Lebanon, al-Mustaqbal.
PM Turki, Recep Tayyip Erdogan ketika melawat Baitul Muqaddis
Abbas menyambut tetamunya di pejabatnya, al-muqata’ah, dan sempat menaburkan bunga ke atas kubur allahyarham Presiden Palestin, Yaser Arafat. Turut hadir dalam pertemuan tersebut PM Palestin Ahmad Qurei dan beberapa pegawai Palestin lain.
Sebelum kunjungannya ke Ramallah, Erdogan dan rombongannya sempat solat Zuhur di Masjid Al-Aqsa. Setelah itu beliau sempat mengelilingi kawasan suci itu termasuk ke Qubah Shakhrah. Ketika menziarahi kawasan suci masjid al-Aqsa, Erdogan menegaskan bahawa Masjid Al-Aqsa adalah milik umat Islam dan tidak ada seorangpun yang boleh campur tangan di dalam urusannya. Dalam lawatan ke masjid ini, Erdogan ditemani oleh Mufti Palestin, Syeikh Ikrimah Shobri dan Pengarah dan Khatib Masjid Al-Aqsa, Syeikh Muhammad Husein.