Categories
Berita Semasa

Dokumen rahsia bongkar kerjasama PA – Israel dalam penculikan orang awam.

Isnin , 21/12/2009 – Dokumen-dokumen rahsia yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Gaza menunjukkan tentera Mahmoud Abbas telah membuat penahanan politik ke atas orang awam Palestin di Tebing Barat dengan kerjasama tentera rejim Zionis.

Dokumen-dokumen tersebut diperolehi oleh para pengodam komputer yang berjaya memasuki sistem di salah satu perkakasan keselamatan PA di Tebing Barat. Dokumen pertama yang dikeluarkan pada 26/11/2009, menyatakan bahawa tentera-tentera Abbas dan rejim Zionis  yang sedang dalam kawalan bersama, telah melancarkan serbuan ke atas perkampungan Tebing Barat untuk menculik beberapa orang awam yang dikehendaki Israel

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil