Tahanan Palestin Syahid Semalam (05/05/2005)

Jumaat , 06/05/2005 –Tahanan Palestin syahid di dalam penjara semalam kerana polisi rejim Zionis yang mana tiada bantuan perubatan dikenakan kepada yang tidak ada harapan.

Sumber dari Palestin menyebut, Abd Fattah Yousef Raddad (22 tahun) syahid di penjara Ramle selepas 3 hari beliau di tahan.

Raddad merupakan seorang pelajar di Universiti Terbuka Quds tinggal di perkampungan Saida iaitu di daerah Tulkarm. Beliau merupakan mangsa ke-8 syahid di penjara sepanjang intifada meletus sejak lewat September 2000.