Jumaat , 06/05/2005 –Pegerakan Fatah pimpinan Mahmoud Abbas telah memenangi pilihanraya tempatan dengan mendapat margin yang besar.
Firas Iari, pengarah jawatankuasa pilihanraya tempatan ini menyebut Fatah memenangi 50 dan HAMAS sebanyak 28 untuk kawasan Jalur Gaza dan
Tebing Barat.
“Undian kepada Fatah adalah sebanyak 59.9% dan Hamas 33.3%” Iari berkata
Keputusan undian ini menjadi permulaan kepada Fatah utn meneruskan penguasaan dalam undian peringkat parlimen pada Julai nanti. Abbas berharap akan dapat meneruskan usaha damai dengan rejim Zionis.
Seramai 406,000 pengundi yang layak di kenalpasti dalam 84 lokaliti, 2/3 daripadanya adalah dari Tebing Barat manakala selebihnya dari Jalur Gaza.