Pilihanraya Palestin Menunjukkan Kekuatan HAMAS

Isnin , 09/05/2005 –Keputusan awal pilihanraya tempatan (baca :PT) di kawasan Tebing Barat dan Jalur Gaza menunjukkan Fatah memperolehi kemenangan di kawasan kampung Tebing Barat dengan memenangi 50 daripada 84 kawasan yang ditandingi.


Walaubagaimanapun, HAMAS muncul sebagai pemenang di bandar besar seperti di Rafah, Qalqilya, Bethlehem, Buraij dan Saair berhampiran Hebron dan
jumlah belum rasmi adalah 32 kawasan dimenangi.

Jurucakap HAMAS berkata, walaupun Fatah memenangi banyak kawasan tetapi HAMAS mendahului Fatah dengan jumlah undian.

Sami Abu Zuhri , jurucakap HAMAS berkata, “Kerusi di kampung kecil dengan beberapa ratus pengundi tidak sama dengan kawasan besar seperti Rafah dengan jumlah pengundi seramai 10 ribu pengundi”.

Hamas juga menyatakan calon bebas yang berorientasikan agama sebenarnya adalah ahli HAMAS dan mereka sengaja tidak menyatakan identiti mereka atas sebab keselamatan.