Khamis , 12/05/2005 –Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin (PA) hari ini telah mengutuk negara-negara Arab yang membisu terhadap ancaman ekstrimis Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa. Ancaman yang berlaku sebanyak dua kali dalam masa dua bulan (April dan Mei) adalah sebagai protes terhadap usaha pengunduran rejim Zionis Israel dari Gaza.
Kumpulan-kumpulan ekstrimis Yahudi itu mengancam untuk menceroboh dan mencemarkan Masjid al-Aqsa dengan menunaikan solat mereka di dalam kawasan Majsid tersebut. Ribuan pemuda-pemuda Palestin telah keluar membanjiri Masjid al-Aqsa demi mempertahankan kesuciannya.
Sayangnya tiada sebuah negara Arab, malah negara-negara Islam pun yang bangkit membantah dan melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini itu. Lebih menarik, Malaysia sebagai pengerusi OIC tidak langsung membuat apa-apa kenyataan berhubung perkara tersebut dan hanya disibukkan dengan persidangan wanita NAM sahaja.