Khamis , 12/05/2005 –Editorial harian Israel Haaretz, mengajak PM Israel, Ariel Sharon untuk mengakui kekuatan politik gerakan Hamas setelah gerakan ini memenangi undian yang banyak dalam pilihanraya peringkat bandar.
Seperti yang dilkeluarkan oleh Islamonline, pejabat panitia pilihanraya mengatakan, Fatah menang dengan 50 kerusi dari 84 kursi di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sementara Hamas memeroleh 30 kerusi di Rafah, Qalqiliyah, Tebing Barat. Ruters menyebutkan bahawa Hamas mendominasi majority hasil pilihanraya di Semenanjung Gaza.
Haaretz menegaskan, keputusan pilihanraya mengisyaratkan bahawa Zionis-Israel tidak boleh mengabaikan kekuatan politik gerakan Hamas. Sebab kekuatan politik meningkat di saat Fatah menderita kehilangan banyak kerusi dan jawatan-jawatan penting
Menurut Haaretz lagi, pilihanraya yang lalu menunjukkan Hamas mewakili 1/3 rakyat Palestin banding 2/3 kekuatan politik lainnya, terutama Fatah. Harian ini menganggarkan rakyat Palestin yang mendukung Hamas akan terus mendukung gerakan Hamas. Bukan saja penentangan yang keras terhadap Zionis-Israel, namun nilai sosial dan intelektual yang didokong sehingga mampu membantu rakyat miskin serta memiliki kepintaran berpolitik.