
Rabu, 06/01/2010 – Hamas menegaskan bahawa mereka tidak akan menyerah kalah tentang dialog kebangsaan dan bertanggungjawab atas peranan dalam meyakinkan semua pihak tentang keperluan mengadakan perdamaian demi kepentingan rakyat Palestin.
Fawzi Barhoum selaku jurucakap Hamas dalam satu kenyataan kepada PIC Isnin lalu mengatakan lawatan ketua biro politik Hamas,Khaled Mishaal ke negara-negara Arab dan berbicara mengenai usaha damai memaparkan bukti terbaik keinginan Hamas untuk mencapai perdamaian.
Beliau menyebut apa yang bertentangan dengan kenyataan pemimpin Fatah yang mengatakan usaha damai itu sengaja diada-adakan telah menunjukkan bahawa merekalah tembok yang menghalang semua usaha perdamaian itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79