Categories
Berita Semasa

Abu Ubaidah: Gencatan senjata keputusan sendiri, bukan persetujuan dengan regim Zionis.

Rabu, 06/01/2010 – Abu Ubaidah, jurucakap rasmi Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera HAMAS berkata: “Tidak wujud sebarang persetujuan dari pihak kami untuk memberhentikan pertempuran dengan regim Zionis melalui pihak ketiga.” Beliau seterusnya menambah: “Apa yang berlaku, gencata senjata sementara sedang dilaksanakan. Pihak pejuang memberhentikan penembakan roket buat dalam tempoh tertentu berdasarkan persetujuan dalaman, bukan kerana persetujuan dengan pihak Zionis.”

Abu Ubaidah seterusnya menegaskan dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui siaran televisyen kabel al-Quds pada hari ini, Isnin (4/1/2010) bahawa apa yang sedang berlaku di Gaza ketika ini adalah berdasarkan keputusan sendiri yang dibuat oleh semua fraksi pejuang Palestin, bukannya dengan sebab persetujuan dengan pihak Zionis. Beliau juga menekankan bahawa pejuang berhak untuk menentukan apakah bentuk penentangan yang sesuai dilakukan bagi berhadapan dengan pihak Zionis. Beliau berkata: “Kami akan terus berjuang demi kepentingan rakyat Palestin.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : muhajir