Categories
Berita Semasa

Yayasan Al-Aqsa – Pemendapan tanah yang semakin membesar.


Rabu, 06/01/2010 – Yayasan Al-Aqsa untuk penganugerahan dan warisan melaporkan Isnin lalu terdapat lubang yang semakin besar di jalan utama antara bandar Silwan dan masjid Aqsa akibat kerja- kerja penggalian di bawah tanah oleh tentera rejim Zionis.

Dalam satu kenyataan akhbar yang diterbitkan oleh Quds Press, yayasan itu memegang kuasa pendudukan rejim Zionis bertanggungjawab sepenuhnya untuk kejadian pemendapan tanah dalam kota suci serta sebarang kerosakan atau kemudaratan rakyat Jerusalemite, rumah-rumah mereka atau masjid Aqsa.

Yayasan itu berkata pihak mereka akan memantau lubang mendapan tersebut yang kini menjadi lebih 10 meter panjang, dua meter lebar dan kira-kira tiga meter kedalamannya yang mana menjadi satu lagi runtuhan di laluan pejalan kaki utama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez