Categories
Berita Semasa

Bahar : Pembinaan tembok besi adalah pencabulan undang-undang, kemanusiaan dan agama.

Rabu, 06/01/2010 – Dr. Ahmed Bahar, Timbalan Jurucakap 1 bagi Majlis Perundangan Palestin (PLC) mendakwa bahawa pembinaan tembok besi bawah tanah oleh kerajaan Mesir di sempadan Gaza-Mesir adalah sebagai ‘tembok maut’.

Tembok itu menurutnya bertujuan mengepung rakyat Palestin dan membiarkan mereka kebuluran. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media anjuran Pertubuhan Para Intelek Palestin yang diadakan pada Isnin lalu di premis PLC di Gaza.

Justeru, Bahar merayu Presiden Mesir, Hosni Mubarak agar mengeluarkan arahan segera bagi menghentikan pembinaan tembok itu dan membuka laluan darat Rafah. Beliau juga mendakwa bahawa tembok besi itu merupakan satu pencabulan undang-undang, negara, kemanusiaan dan agama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

One reply on “Bahar : Pembinaan tembok besi adalah pencabulan undang-undang, kemanusiaan dan agama.”

cuba rujuk Al-Quran
surah Al-Isra’
17:1~7
Allah ada berfirman pasal pencerobohan ini dalam kitabNya..
insyaAllah.. cerah akan ada buat palestin, kerana Allah telah berfirman..

moga kita tergolong dalam mereka yang memberikan bantuan, ameen, ameen, ameen..

jadi mujahid dan mujahidah, impian kita semua 🙂

Comments are closed.