Categories
Berita Semasa

Sukarelawan “Live Line 3” Dikasari pasukan keselamatan Mesir.

Khamis , 07/01/2010 –Puluhan sukarelawan yang bersatu di bawah “Live Line 3” cedera akibat dipukul dan dikasari oleh pasukan keselamatan Mesir di pelabuhan Areys. Mereka turur disembur dengan gas pemedih mata. Jurucakap “Live Line 3” Zahir Birawi memberitahu pihak keselamatan Mesir menggunakan kekerasan yang melampau. Dalam pada itu, lebih 10 buah lori yang membawa makanan telah rosak. Mengikut Zahir, pihak keselamatan Mesir turut menggunakan batu-batu bagi menghalang “Live Line 3”.

Sebelum daripada itu, wakil sukarelawan telah berunding dengan kerajaan Mesir namun wakil kerajaan Mesir pergi meninggalkan para sukarelawan. Begitulah biadapnya perlakuan wakil Mesir. Perundingan itu turut dihadiri oleh anggota parlimen Turki dan George Gallaway. Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan sikap Mesir yang tidak ingin membantu rakyat Palestin di Gaza. Meraka di Gaza amat memerlukan bantuan terutamanya ubat-ubatan.

Ketua delegasi dari Jordan, Wail Saqa menegaskan kejadian yang memalukan itu mengakibatkan kecederaan yang serius dan mereka sedang di rawat di sekitar pelabuhan dan masjid yang ada.

Dalam pada itu, ribuan rakyat Turki berdemo di depan kedutaan besar Mesir dan mengecam sikap jijik mereka. Mereka turut menuntut agar jalan ke Gaza di buka kepada sukarelawan yang datang membantu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu ‘Umair