Categories
Berita Semasa

Abu Juhaisha nafi laporan media tentang berakhirnya penyeksaan di penjara PA.

Khamis , 07/01/2010 – Penggubal undang-undang Hamas, Mohamed Abu Juhaisha menafikan laporan media yang menyebut bahawa penyeksaan di penjara-penjara milik PA di Tebing Barat telah berakhir. Beliau mengesahkan bahawa laporan itu adalah palsu.

Dalam kenyataan medianya, Abu Juhaisha berkata bahawa banyak testimoni bersumpah dan laporan yang membuktikan sebaliknya. Beliau mengesahkan bahawa militia pimpinan Mahmoud Abbas masih menggunakan kaedah penyeksaan yang berbeza terhadap anggota Hamas yang ditahan.

Beliau mendedahkan bahawa militia Abbas telah mengunci para tahanan di dalam peti sejuk tanpa memakai baju. Ada pula yang diletakkan di dalam bilik sejuk tanpa dibekalkan tikar atau selimut. Ramai ahli keluarga yang mengesahkan bahawa anak-anak lelaki mereka masih diikat berjam-jam lamanya dan diseksa secara fizikal oleh militia tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa