Puak Kristian Memilih HAMAS

Jumaat , 13/05/2005 –Jumaat , 13/05/2005 –Pimpinan Fath di Beit Lahm telah mengadakan mesyuarat “retreat” mereka masuk hari kedua di salah sebuah hotel di sini untuk mengkaji sebab-sebab kekalahan mereka di kawasan majoriti Kristian itu di tangan HAMAS. Lima dari tujuh kerusi yang disediakan untuk kawasan majoriti Kristian itu telah dimenangi oleh HAMAS dengan majoriti yang besar.

Sejurus keputusan pilihanraya, pimpinan tertinggi Fath telah meletakkan jawatan kerana malu di atas kekalahan yang besar tersebut. Di dalam mesyuarat yang dijalankan itu, para pimpinan rendah Fatah saling menunding jari ke arah satu sama lain di atas kekalahan yang tidak diduga itu.

Abu Mazen (Mahmoud Abbas) ketika menghubungi mereka telah memarahi mereka di atas apa yang berlaku kerana Beit Lahm merupakan salah sebuah kubu kuat Fath dan mereka dijangkakan menyapu bersih ketujuh-tujuh kerusi yang dipertandingkan itu.