Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis sekat kemasukan pemerhati AFEH ke dalam Masjidil Aqsa.

Jumaat, 08/01/2010 – Rejim Zionis telah mengeluarkan arahan ketenteraan bagi menyekat Fawaz Eghbariye, seorang pemerhati Badan Anugerah dan Warisan Aqsa (AFEH), daripada memasuki Masjidil Aqsa selama enam bulan.

AFEH menyatakan Rabu lalu bahawa Eghbariye hanya menjalankan tugasan AFEH di Masjidil Aqsa.  Eghbariye telah dipanggil ke balai polis Rejim Zionis di Maskobeh di barat Jerusalam di mana arahan tersebut diserahkan padanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil