Categories
Berita Semasa

(Terkini) Serangan udara terbaru rejim Zionis telah mengorbankan 2 orang awam.

Jumaat, 08/01/2010 –Berikutan serangan-serangan agresif dari pihak rejim Zionis di Genting Gaza, angkatan udara rejim Zionis telah melancarkan sejumlah serangan udara terhadap terowong yang membawa sumber makanan dari Mesir. Sumber-sumber perubatan melaporkan bahawa 2 orang awam terbunuh dan beberapa tercedera dalam pengeboman yang ganas itu.

Jet pejuang F16 Israel telah digunakan dalam serangan itu dan ia dapat didengar secara langsung di kawasan yang disasarkan. Karena sejumlah serangan itu, daripada 10 warga awam Palestin yang hilang pada saat ini, 4 telah disahkan mati.

Ada lebih daripada 1500 terowong antara Gaza dan Mesir yang digunakan untuk penyeludupan makanan kerana rejim Zionis melakukan PENGEPUNGAN. Terowong dianggap sebagai kunci kehidupan bagi rakyat Palestin kerana laluan utama di telah disekat oleh rejim Zionis.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : gunx