
Isnin , 11/01/2010 – Mohammed Nasr, anggota biro politik Hamas membantah cadangan Presiden Syria, Bashar al-Assad bagi mengadakan pertemuan antara pemimpin Hamas, Khaled Mishaal dan pemimpin Fatah dan mantan Presiden PA, Mahmoud Abbas di Damsyik.
Dalam satu kenyataan akhbar Selasa lepas, Nasr mengatakan Assad bersikap prihatin untuk menamatkan perbezaan antara pimpinan Palestin tapi bukan mencadangkan sidang pertemuan seperti itu.
Beliau menjelaskan dalam pertemuan dengan Mishaal yang mengetuai delegasi Hamas baru-baru ini, Assad mengatakan Damsyik berminat menyelesaikan isu perdamaian Palestin tetapi tidak mengatakan apa-apa pun mengenai sidang antara Mishaal-Abbas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79