
Rabu , 13/01/2010 – Hamas menyatakan Isnin lalu bahawa keputusan Israel untuk membina tembok elektronik sepanjang sempadannya dengan Mesir menunjukkan yang pembinaan tembok besi Mesir di sempadan Gaza bukanlah demi keselamatan Mesir.
Dr. Sami Abu Zuhri, seorang jurucakap Hamas, berkata dalam kenyataan untuk PIC bahawa sekiranya tembok besi itu sememangnya keputusan Mesir, maka ia sepatutnya dibina sepanjang sempadannya dengan Israel.
Dia juga berkata, keputusan Israel itu menunjukkan yang tembok besi itu dibina menurut perancangan yang dipersetujui oleh banyak pihak.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil