Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melarang kemasukan Syeikh Salah ke Baitulmuqaddis selama enam bulan.

Rabu , 13/01/2010 –Rejim Zionis mengeluarkan arahan ketenteraan pada Isnin lalu melarang kemasukan Syeikh Raed Salah, pemimpin Gerakan Islam Palestin 1948, dari memasuki Baitulmuqaddis selama enam bulan, kecuali jika beliau dipanggil untuk soal siasat atau prosedur undang-undang lain.

Syeikh Salah dalam satu persidangan mengatakan bahawa beliau akan mempertahankan “hak mutlak untuk memasuki Baitulmuqaddis pada bila-bila masa sahaja”. Beliau mengatakan bahawa semua bukti membuktikan bahawa tahun 2010 akan menjadi tahun penting pada ketika ini dan status masa depan Baitulmuqaddis dan kedudukan Masjid al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul