Categories
Berita Semasa

Kematian seorang kanak2 Palestin membawa jumlah korban akibat pengepungan 368 orang.

Rabu , 13/01/2010 – Selasa lalu Kementerian kesihatan Palestin telah memaklumkan berita kematian kanak-kanak berusia tiga tahun di Gaza akibat tidak mampu mendapatkan rawatan perubatan ke luar negeri.

Dalam satu kenyataan media, kementerian itu mengatakan anak Maysarah Mousa yang menderita kecacatan jantung kongenital merancang untuk berpindah ke luar negeri bagi mendapatkan rawatan namun penutupan laluan sempadan telah menyukarkannya.

Kementerian itu juga menyebut pengepungan yang kini masuk tahun keempat telah meningkatkan korban dan anak Mousa adalah yang pertama bagi tahun 2010, sambil memberi amaran jumlah korban semakin bertambah disebabkan oleh kekurangan pelbagai ubat penting dan pembukaan sebahagian lintasan Rafah yang berasingan untuk pesakit bagi tempoh yang lebih lama.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : hijjaz_79