Categories
Berita Semasa

Mesh’al: HAMAS akan maklumkan pendirian mengenai tawanan beberapa hari lagi.

Rabu , 13/01/2010 – Khaled Mesh’al, ketua Biro Politik HAMAS menegaskan bahawa pergerakannya akan menyampaikan pendirian yang jelas kepada orang tengah Jerman, tentang pertukaran tawanan dalam masa beberapa hari lagi. Dalam masa yang sama, beliau menafikan Syria meminta HAMAS agar bersetuju untuk menandatangani perjanjian perdamaian Palestin yang ditaja oleh Mesir itu di luar negara Mesir. Beliau juga menuduh Washington berusaha untuk menggagalkan perdamaian.

Dalam satu kenyataan kepada para wartawan di Doha, ibunegara Qatar pada petang Ahad (10/1/2010), Mesh’al juga menambah: “Tiada seorang pun di Damsyik dan tidak juga dari luar Damsyik yang menjadikan dirinya sebagai ganti bagi Kaherah. Tiada seorang pun yang mahu menandatangi perjanjian tersebut di negaranya sebagai ganti daripada Kaherah.” Dalam masa yang sama, beliau mengisyaratkan bahawa usaha Arab sedang berjalan bagi mempermudahkan proses perdamaian. “Tidak benar fitnah yang dilemparkan terhadap kami bahawa kami mahu menandatangi perjanjian tersebut di luar Kaherah.”

Mesh’al seterusnya menegaskan bahawa proses perdamaian terbantut kerana cadangan Mesir tidak sama dengan persetujuan yang telah dicapai sebelum itu bersama Fatah dan fraksi pejuang yang lain.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir