
Rabu , 13/01/2010 – Pusat hak sosial dan ekonomi Quds telah memperingatkan projek kolonialis yang belum pernah terjadi sebelumnya kini sedang dilaksanakan oleh rejim Zionis di wilayah penaklukan Baitulmuqaddis.
Pusat tersebut dalam satu laporan yang diterbitkan pada Sabtu lalu menggambarkan kawasan Bandar Lama Baitulmuqaddis sebagai konstruksi yang amat besar, “terbesar sejak tahun 1967”. Dikatakan juga bahawa Rejim Zionis menggali terowong, membina rangkaian pengangkutan yang agak rumit yang akan menyambung penempatan antara satu sama lain dan pusat bandar suci diperhebatkan dengan pembinaan penempatan di pinggir bandar Jerusalem.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul