
Khamis , 14/01/2010 – Jabatan Tahanan Palestin mengatakan bahawa perisikan Israel telah mula menghubungi keluarga tahanan di Semenanjung Gaza untuk menggalakkan mereka menekan Gerakan Hamas untuk memudahkan perundingan tuntutan mengenai pertukaran tawanan.
Pengarah Jabatan Informasi Riyadh Al-Ashqar menyatakan bahawa Israel menggunakan kaedah murahan baru ini untuk menekan Hamas agar menerima kriteria untuk transaksi pertukaran tawanan.
Ashqar menjelaskan bahawa perisikan Israel menelefon sejumlah keluarga ini dengan nama “Jawatankuasa keluarga tahanan Nablus” dan mengatakan kepada mereka bahawa nama anak-anak mereka dimasukkan dalam proses pertukaran tersebut dan Israel sedang berusaha keras untuk membebaskan putra-putra mereka, tetapi ianya memerlukan bantuan mereka untuk menekan Hamas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul