
Rabu , 13/01/2010 – Ismail Haneya, PM Palestin yang dipilih rakyat secara demokrasi menyifatkan pengepungan Israel ke atas Gaza adalah satu bentuk kolonisme dan merupakan produk ideologi ekstrim Zionis yang bertunjangkan penghapusan bangsa lain.
Haneyya berucap demikian ketika majlis pelancaran buku baru berkaitan konvoi yang menentang pengepungan tersebut. Beliau turut menekankan bahawa pengepungan Gaza merupakan polisi yang jelas sekali salah dan ianya menyokong polisi penjajahan Zionis. Pengepungan itu juga diklasifikasi sebagai jenayah kemanusiaan menurut undang-undang antarabangsa kerana berlaku kezaliman besar-besaran ke atas komuniti Palestin, terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua. Polisi yang salah itu menurutnya lagi, menyemai kebencian dan membantutkan pembangunan.
Haneyya juga menyifatkan bahawa pengepungan itu merupakan produk ideologi ekstrim Zionis iaitu penghapusan bangsa lain dengan ancaman kebuluran sehingga keteguhan mereka goyah dan akhirnya tunduk kepada kehendak penjajah.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : salwa