Categories
Berita Semasa

Haneyya gesa masyarakat antarabangsa halang kekejaman Israel ke atas Gaza .

Khamis , 14/01/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menegaskan pada Selasa lalu bahawa kerajaannya sedang berhati-hati memantau kebangkitan terbaru militari Israel ke atas Semenajung Gaza yang dikepung. Walaubagaimanapun beliau menafikan berlakunya satu lagi kekejaman menyeluruh oleh Israel ke atas Semenanjung itu.

Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang penyembelihan rakyat Palestin oleh Israel. Tambahnya, pencerobohan Israel mengheret seluruh semenanjung ke dalam suasana yang tidak stabil. Beliau bagaimanapun menyifatkan ugutan Israel untuk menyerang Gaza adalah satu perang psikologi.

Walaubagaimanapun, Haneyya mempertahankan hak rakyat Palestin untuk mempertahankan diri mereka, seraya menyeru kumpulan-kumpulan yang wujud dalam masyarakat Palestin agar berusaha mempertingkatkan keharmonian negara serta saling bekerjasama bagi melindungi rakyat Palestin dan negara mereka yang tercinta.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

One reply on “Haneyya gesa masyarakat antarabangsa halang kekejaman Israel ke atas Gaza .”

Semoga Allah S.W.T memberi kekuatan kepada kamu dan HAMAS.Pemusuhan kamu dan FATAH bkn hanya perebutan kuasa,ttp lebih kpd apa yg kamu ingin utk Islam.Sebab itu Zionis lebih berlembut kpd mereka.Jadi kesatuan kamu atas dasar apa?Itu yg perlu diterangkan kpd umat Islam.Walaupun sama bangsa dan agama ttp dasar perjuangan yg berbeza.Ambil Islam keseluruhan barulah kesatuan akan muncul.Insya’allah

Comments are closed.