
Jumaat , 15/01/2010 – Sumber perubatan Palestin melaporkan bahawa 35 orang rakyat cedera terkena tembakan senjatan pihak keselamatan Mesir pada petang Rabu lepas ketika berpuluh-puluh rakyat Palestin berhimpun di Terminal Saluhuddin di Rafah bagi membantah serangan pihak berkuasa Mesir ke atas konvoi Viva Palestina.
Sumber itu juga memaklumkan Pusat Informasi Palestin (PIC) bahawa 5 orang yang dipindahkan ke Hospital Abu Yousuf Al-Najjar berada dalam keadaan yang kritikal.
Saksi memberitahu bahawa pemprotes membalas serangan dengan membaling batu ke arah pihak Mesir dan melaungkan slogan keras kepada Mesir sebelum polis Gaza bertindak menyuraikan perhimpunan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa
One reply on “35 rakyat Palestin dicederakan oleh pihak keselamatan Mesir berdekatan Terminal Salahuddin.”
semoga celaka dan laknat keatas israel dan pemimpin mesir serta yang menyokong di kalangan mereka