![]()
Jumaat , 15/01/2010 – Kutukan Israel terhadap salah sebuah program televisyen Turki yang menggambarkan ejen perisik Israel tidak ubah seperti merebut bayi, telah meningkatkan lagi ketegangan bagi kedua-dua Negara tersebut.
Menurut jurucakap kepada Danny Avalon iaitu Timbalan Menteri Luar Israel, beliau telah mengadakan mesyuarat dengan duta Turki untuk mengatakan rasa tidak puas hati beliau terhadap program televisyen tersebut yang disifatkan Israel sebagai menyinggung perasaan mereka.
“Valley of the Wolves: Ambush” yang menggambarkan perkhidmatan perisikan Mossad Israel di Turki semata-mata untuk mengintip dan menculik bayi-bayi Turki. Program itu juga menunjukkan Mossad telah menyerang kedutaan Turki di Tel Aviv dan menjadikan Duta besar dan keluarga mereka sebagai tebusan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez
2 replies on “Israel mengutuk program televisyen Turki.”
Ya Allah bangkitkan lah balik Khalifah dimuka bumi ini…..amin
sampai bila kita harus melihat kekejaman rejim zionis?bangkitlah para ulama!jelaskan rukun dan kewajipan jihad kpd umat Islam.jgn dipadamkan dlm kamus agama.sampai bila kita harus melihat kekejaman ini?setiap masa mereka berdoa dan berharap supaya diutuskan penolong kpd mereka.