
Isnin , 18/01/2010 – Pakar-pakar alam sekitar dan ekonomi Sabtu lalu mengeluarkan amaran akan kesan negatif kepada alam sekitar dan ekonomi berpunca dari pembinaan tembok besi Mesir di sepanjang sempadannya dengan Semenanjung Gaza, dan turut menegaskan tembok itu akan memusnahkan sumber air bawah tanah.
Di dalam simposium yang diadakan oleh pusat pembangunan Ma’an di Gaza, pakar-pakar berbincang tentang kesan tembok itu ke atas kehidupan penduduk dan sumber air Gaza.
Pakar air Nizar Al-Wahidi menjelaskan semasa mesyuarat bahawa tembok besi itu akan membawa kepada kemusnahan dan pencemaran takungan air bawah tanah Gaza dan akan memberi kesan berbahaya kepada ekonomi, sosial dan alam sekitar kedua-dua pihak Palestin dan Mesir.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil