
Isnin , 18/01/2010 – Seorang ahli pengubal undang-undang UK daripada Parti Buruh yang sedang melawat Gaza berkata sekatan ke atas Gaza oleh Israel dan Mesir merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.
Gerald Kaufman yang sedang memimpin sekumpulan 60 ahli parlimen Eropah juga menyokong tindakan kumpulan pro-Palestin di UK melobi agar ahli politik Israel yang terlibat dalam Perang Gaza ditahan dan dibicarakan sekiranya mereka memasuki UK.
Ahli politik Israel tidak berpuas hati atas perkara tersebut atas alasan takut ditahan tetapi itulah hakikatnya bagi sesiapa sahaja yang menggunakan serbuk fosforus, kata beliau lagi.
Beliau menambah lagi bahawa dalam ketakutan mereka akan ditahan di UK tetapi mereka tidak pula merasa begitu dalam menahan 1.5 juta rakyat Palestin setiap hari yang menidakkan hak mereka untuk makan, minum, berubat dan bersekolah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous