Gaza, Rabu , 18/05/2005 –Keputusan pilihanraya tempatan PA pusingan kedua yang diadakan pada awal bulan ini di kawasan PA telah menandakan bahawa Hamas telah layak untuk mentadbir hal-ehwal rakyat Palestin dalam scenario politik mendatang, sebagaimana ditegaskan oleh Dr Riyadh Al-Maliki, penganalisa politik dan ketua pusat demokrasi dan pembangunan komuniti Palestin.
A-Maliki berkata, dalam satu kenyataan akhbar, bahawa Hamas telah memenangi majoriti undi dalam tempatan yang disifatkan kawasan kuat pergerakan Fatah, satu fakta menurutnya, adalah petanda bahawa rakyat Palestin telah menunjukkan keyakinan mereka terhadap Hamas.
Kemenagan besar tersebut akan memberikan Hamas banyak tanggungjawab politik dalam perkara seperti ?bentuk pemerintahan, cara-cara pentadbiran, dan perubahan besaran terhadap perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat Palestin di peringkat tempatan?, beliau menerangkan.
Beliau menyatakan bahawa Fatah dijangkakan untuk memetik kejayaan di kerusi tempatan di Tebing Barat; akan tetapi, beliau menyatakan keputusan pilihanraya adalah cenderung kepada Hamas, satu kenyataan yang telah memberikan tamparan hebat kepada pesaingnya, Fatah.
?Keputusan pilihanraya telah menegaskan bahawa tiada lagi satu parti pemerintah dan satu pemimpin di Palestin, maka, kepelbagaian poliitik harus diiktiraf,? Al-Maliki menyimpulkan.